Tuesday, May 5, 2009

KATA HIKMAT

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi. -Confucius-


Jika tujuan anda jelas,anda bolehmencapainya dengan mudah. - Lao Tze-


Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. - Peribahasa Arab-


Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan.Yang penting ialahkita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. - Joseph Conrad-


Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
– Aristotle-


Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya. - James Allen-


Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat. - Charles Cahier-



Kata Imam Syafie:

...Biarkan hari-hari berlalu...Lapangkan jiwamu apabila menerima keputusan qadha'...Jangan jemu bersabar apabila ditimpa musibah kerana di dunia ini tidak ada derita yang abadi....

kita nih selalu mengeluh dgn apa yang Allah uji kita...sampai kadang-kadang tak fikir yang Allah sebenarnya memakbulkan doa kita dgn ujianNYA...Smile

0 comments:

Persatuan Kebajikan Anak Negeri Kelantan Universiti Putra Malaysia

Hakcipta Terpelihara 2008 Unit Multimedia, IT dan Publisiti DNAIM UPM