Tuesday, May 5, 2009

0

Kata-Kata Hikmat 2

- Tak perlu mencari teman secantik Balqis andai diri tak sehebat Sulaiman…..Tak perlu seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Hajar…..Kenapa mengharap teman setampan Yusof andai kasih tak setulus Zulaikha…….Kenapa didamba teman hidup sehebat Khadijah andai diri tak sesempurna Rasulullah……

- Sebuah Pelayaran
“ Sesungguhnya kehidupan kita ini ibarat sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah ramai manusia yang karam di dalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama taqwa, muatannya iman sedang layarnya pula adalah tawakkal kepada Allah”.

- Sabda Rasulullah S.A.W.
“ Sesungguhnya Allah tidak memandang rupa paras kamu. Tetapi dia memandang apa yang ada dalam hati kamu”.

- kecantikan wanita ialah terletak sejauhmana……ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauhmana ia dapat (menjaga) marahnya…..

- Orang yang gagal dalam percintaan tidak kalah, kerana kita masih menang. Kita dapat menghargai insan yang pernah hadir dalam hidup kita dan juga dapat mencintai seseorang lebih daripada diri kita sendiri. Kitalah orang yang tahu menghargai cinta…

- Sekiranya ingin mencintai seseorang insan, jangan sesekali mengharapkan perubahannya, sebaliknya apabila seseorang itu sekiranya kalian benar-benar berpuas hati dengan apa yang dimiliki kerana sesuatu yang belum pasti itu akan mengundang kesengsaraan jika kita terus mengejarnya.

- Berkawanlah selagi ada hati, Bercintalah selagi ada yang sudi, Bergembiralah selagi ada teman disisi, Berikanlah kemaafan selagi dikau hamba Illahi…

- Kata-kata renungan dari William Shnkespente
“ Bukan jalan menuju kebahagiaan itu selalu ditaburi bunga mawar yang harum,
melainkan penuh duri dan pahit”.

- Didampingi tidak semestinya dicintai,
Mendampingi tidak semestinya mencintai,
Mencintai tidak semestinya dimiliki,
Dimiliki tidak semestinya abadi…..

- Rintangan pasti melanda,
Jangan undur walaupun selangkah,
Andai kau gugur, andai kau syahid,
Kau akan diredhai-Nya

- Menerusi sejarah, kita tahu dimana kita datang kerana kita tahu dahulu kita pernah dihina dan miskin….

- Hasan Al-Basri
“Jauhilah angan-angan sebab ia telaga kosong”

- Musuh yang selalu mencela itu akan membuatkan kita terbangun dari kelalaian. Tapi teman yang memuji-muji selalu membuatkan kita tak tahu diri. Renungilah…..

- Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka engkau mesti garang terhadap dirimu. Kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah betapa pahit berpisah dengan-Nya.

- Pesan Iman Al-Ghazali, Yang dekat itu mati, yang jauh itu masa, yang besar itu itu nafsu, yang berat itu amanah, yang ringan itu solat, yang tajam itu lidah.

- Pernah kita bertanya pada diri kita selepas kita bangun dari tidur “ kenapa Allah menghidupkan kita kembali dari tidur. Adakah untuk berseronok saja? Adakah untuk kita melanggar perintahnya. Allah menghidupkan kita kerana memberi peluang untuk bertaubat dan beribadat kepadanya…..

- Days are too busy, Hours are too few, Seconds are too fast, But there’s always a time for me to wish…..Happy friendship day

- Friendship is made in the heart, Silence, Unwritten, Unbreakable by distance, Unchangeable by time, once a friend, always one take care.

- When a message is sent from a distance..U cannot see the face, U cannot see the smile, But you can sense the care that truly come from My Heart

- Life is like roads we travel, some are smooth, some are rough, some I’d rather forget but there’s one road I won’t regret the road where we met and become friends…

- Life is like a novel. Many chapters are read and forgotten… but there’s one I won’t forget…it’s the chapter when I met you and become friends…

- Ukhuwah yang dibina bagai seutas tasbih, Ada awal tiada penghujung, Dicipta untuk mengingatinya, Dibahagi untuk cintainya, Diratib demi redha-Nya


- Tak terasa bila dia pergi, tapi sayu bila dia tidak kembali...mencarinya dengan hati suci lebih indah daripadamemiliki tapi tidak menghargai...Dia datang tanpa seruan, dia pergi tanpa alasan...Kejarlah dia sebelum hilang dari pandangan kerana hadirnya anugerah yang tiada bandingan...thank You Allah for gift of IMAN....

- Kerana waktu teramat cepat berlalu, simpan bayangku dalam hatimu juga kenangan yang kita ada, bimbang nanti tiada waktu untuk kita kembali bersama menatap langit jingga disisip bicara jiwa.

- Ya Tuhanku, malam hanya akan terasa indah apabila ku dapat berbisik kepadaMu, siang hanya akan terasa indah apabila kudapat mematuhiMu, tiada kelazatan dunia kecuali berzikir kepadaMu dan akhirat tidak terasa indah kecuali dengan beroleh kemaafan dariMu, juga Syurga tidak terasa indah kecuali dapat melihatMu......

- Perasaan ditemani Allah merupakan penghibur dalam ketakutan, penyandar sabar dalam kehampaan, pemberi semangat dalam kekecewaan dan itulah erti keimanan dan tawakkal yang senjata...

- Kadangkala apa yang diimpikan tak akan menjadi kenyataan, hanya lebih ketabahan yang mampu mengharungi onak duri, kerana hidup ini tidak hanya sebagai sebuah medan perjuangan

0

KATA HIKMAT

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi. -Confucius-


Jika tujuan anda jelas,anda bolehmencapainya dengan mudah. - Lao Tze-


Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. - Peribahasa Arab-


Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan.Yang penting ialahkita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. - Joseph Conrad-


Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
– Aristotle-


Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya. - James Allen-


Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat. - Charles Cahier-



Kata Imam Syafie:

...Biarkan hari-hari berlalu...Lapangkan jiwamu apabila menerima keputusan qadha'...Jangan jemu bersabar apabila ditimpa musibah kerana di dunia ini tidak ada derita yang abadi....

kita nih selalu mengeluh dgn apa yang Allah uji kita...sampai kadang-kadang tak fikir yang Allah sebenarnya memakbulkan doa kita dgn ujianNYA...Smile

0

JATI DIRI REMAJA

Setiap remaja harus mempersiapkan diri sebagai khalifah Allah. Mereka harus mempunyai tujuan dan kesungguhan sebagai insan yang taat dan kreatif. Tujuan hidup yang tidak bercanggah dengan kehendak Islam hendaklah disemai ke dalam diri seorang remaja jika mereka mahu berjaya dan maju sebagai generasi yang cemerlang dan diberkati.

Pengendalian Diri

Remaja memerlukan pengendalian diri kerana remaja belum mempunyai pengalaman yang memadai dalam perkara ini. Masa remaja banyak menyentuh perasaan seorang remaja sehingga menimbulkan jiwa yang sensitif dan peka terhadap diri dan lingkungannya. Perkembangan ini ditandai dengan cepatnya pertumbuhan fizikal dan seksual. Akibat dari pertumbuhan fizikal dan seksual yang cepat itu maka timbullah kegoncangan dan kebingungan dalam diri remaja, khususnya dalam memahami hubungan lain jenis.
Dari keadaan yang dihadapi remaja ini akan menimbulkan dua masalah. Pertama dorongan seksual kerana ingin membuktikan bahawa diri telah dewasa sehingga berakhlak yang kurang sopan di tengah masyarakat, sehingga orang ramai menilai bahawa remaja hanya menimbulkan masalah. Padahal ketika itu remaja sedang meraba-raba dalam mencari jatidirinya.Kedua, mungkin juga remaja hilang kendali dalam dirinya sehingga lebih cenderung mengikuti nafsunya itu, ataupun remaja lebih suka menyendiri dan menutup diri.
Remaja yang merasakan bahawa fizikalnya sudah seperti orang dewasa sehingga ia merasa pula harus bersikap seperti orang dewasa untuk menutup keadaan dirinya yang sebenar harus memahami bahawa anggapannya itu hanya sekadar imitasi atau peniruan. Untuk itu remaja harus pandai mengendalikan diri dalam menghadapi dunia yang penuh dengan pancaroba dan gejolak ini. Hindarilah dari hanya mengikut kehendak hati, tapi gunakanlah fikiran agar setiap keputusan yang diambil benar-benar mengikuti citarasa ibu bapa, masyarakat dan agama.

Rasa Kebebasan Remaja

Pada usia remaja sangat memerlukan kebebasan emosional dan material. Kematangan dalam bidang fizikal atau tubuh mendorong remaja untuk berdikari dan bebas dalam mengambil keputusan untuk dirinya sehingga remaja terlepas dari emosi ibu bapa dan keluarga. Ramai ibu bapa tidak memahami keinginan yang tersimpan di dalam jiwa remaja, sehingga membatasi sikap, keperibadian dan tindakan-tindakan mereka, dengan alasan merasa belas kasihan dan lain-lain. Dengan cara ibu bapa sedemikian remaja merasa dirinya tidak dipercayai oleh orang tuanya, akibatnya remaja yang tidak memahami akan hakikat dirinya sendiri akan memberontak dan melawan kepada kedua ibu bapa.
Remaja yang beriman akan mengerti bahawa rasa kebebasan yang timbul dari dalam dirinya itu bukan selamanya harus dituruti, tetapi harus diatasi dengan cara yang bijaksana. Memang betul dalam satu aspek remaja memerlukan kebebasan untuk menentukan keputusannya, namun dari aspek lain remaja masih memerlukan orang tua untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepadanya. Jadi berfikirlah secara positif agar tuntutan dalam diri itu tidak mengalahkan tuntutan dan kehendak mulia orang tua terhadap diri anaknya. Jika ini dapat diatur secara efektif maka tidak akan timbul konflik kejiwaan dalam diri seorang remaja.

Rasa Kekeluargaan Remaja

Sebetulnya keperluan remaja terhadap kebebasan diri sendiri dan ingin berdikari itu bertentangan dengan keperluannya untuk bergantung terhadap ibu bapanya. Gejolak jiwa tersebut membuat remaja merasa tidak aman, kerana dari satu aspek ia sangat memerlukan keluarganya, namun dari segi yang lain dia ingin berdakari. Pengalaman kejiwaan semacam ini menyebabkan remaja menjadi bingung dan tidak menentu. Bagi remaja yang mengerti peristiwa yang sedang menimpa jiwanya dia akan berhati-hati dalam mengmbil sebarang tindakan, sehingga ia akan menjadi remaja yang tidak tertekan perasaan.
Rasa kekeluargaan dalam diri remaja ini bukan saja terjadi dalam lingkungan ibu bapa dan sanak saudara, tetapi juga pada kelompok teman seperjuangan, organisasi, sukan dan lain-lain. Jika perasaan ini disemai dengan baik, maka remaja tidak akan mengalami stres dan tekanan perasaan dan menjadikan kecenderungan jiwanya itu ke arah yang positif.

Kehidupan Sosial Remaja

Remaja sangat memerlukan agar kehadirannya diterima oleh orang-orang yang ada dalam lingkungannya, di rumah, di sekolah ataupun dalam masyarakat di mana ia tinggal. Rasa diterima kehadirannya oleh semua pihak ini menyebabkan remaja merasa aman, kerana ia merasa bahawa ada dukungan dan perhatian terhadap dirinya. Perkara ini merupakan motivasi yang baik bagi diri remaja untuk lebih berjaya dalam menghadapi kehidupannya.
Penerimaan masyarakat terhadap diri seseorang berperanan dalam mewujudkan kematangan emosi. Pada umumnya remaja sangat peka terhadap pujian dan cacian disekitarnya sehingga menyebabkan remaja mudah tersinggung. Jika ini terjadi remaja hendaklah memahami bahawa tidak semua manusia itu dalam keadaan serba baik, kemungkinan kesilapan yang dilalakukan oleh masyarakat sekitar itu dapat mendorong kita lebih matang dalam menghadapi masalah. Remaja juga harus menyedari, kemungkinan juga cacian dan celaan itu timbul kerana kesalahan dari pihak remaja sendiri. Bagi remaja yang beriman akan menghadapi suasana sosial semacam ini dengan lebih tenang dan sabar, sehingga ia akan menjadi remaja yang berhasil dan cemerlang.

Penyesuaian Diri Remaja

Penyesuaian diri terhadap orang lain dan lingkungan sangat diperlukan oleh setiap orang, terutama dalam usia remaja. Kerana pada usia ini remaja banyak mengalami kegoncangan dan perubahan dalam dirinya. Apabila seseorang tidak berhasil menyesuaikan diri pada masa kanak-kanaknya, maka ia dapat mengejarnya atau memperbaikinya pada usia remaja. Akan tetapi apabila tidak dapat menyesuaikan diri pada usia remaja, maka kesempatan untuk memperbaikinya mungkin akan hilang untuk selama-lamanya, kecuali boleh didapati melalui pengaruh pendidikan dan latihan-latihan.
Remaja yang mampu menyesuaikan diri dengan orang lain dan lingkungannya mempunyai ciri-ciri antara lain; suka bekerjasama dengan orang lain, simpati, mudah akrab, disiplin dan lain-lain. Sebaliknya bagi remaja yang tidak mampu menyesuaikan dirinya dengan orang lain atau lingkungannya mempunyai ciri-ciri; suka menonjolkan diri, menipu, suka bermusuhan, egoistik, merendahkan orang lain, buruk sangka dan sebagainya. Jika kebetulan remaja belum mampu menyesuaikan diri dengan cara yang lebih baik, maka berusahalah ke arah pembinaan akhlak yang mulia, maka insya Allah suatu saat nanti kita akan mampu. Seorang remaja jangan lekas putus asa dan patah hati dalam menghadapi kehidupan ini jika ingin lebih sukses dan cemerlang di masa akan datang.

Keyakinan Agama dan Nilai Murni Remaja

Keinginan remaja terhadap sesuatu kadang kala tidak dapat dipenuhi kerana dihalangi oleh ketentuan agama dan adat kebiasaan di tengah masyarakat. Pertentangan itu semakin ketara jika remaja menginginkan sesuatu hanya menurut selera dan kehendaknya saja. Mereka berpakaian yang tidak senonoh, menonton video lucah dan berperangai tidak manis di pandang mata, padahal semua perbuatan ini berlawanan dengan ketentuan agama dan nilai-nilai murni. Bagi remaja yang padai menempatkan dirinya pada posisi yang betul maka dia akan menghindari segala keinginan yang tercela dari kehidupannya.
Pertentangan antara keinginan remaja dengan ketentuan agama ini menyebabkan jiwa remaja memberontak dan berusaha menepis kenyataan itu dengan menurutkan kata hatinya.Remaja yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia serta mempunyai lingkungan keluarga yang menjalankan perintah agama, maka perkara ini dengan mudah mereka hadapi. Namun bagi remaja yang telah terlanjur melaksanakan sesuatu yang berlawanan dengan perintah agama hendaklah berusaha memperbaiki diri agar tidak sentiasa terlena dengan sesuatu pengaruh dan kenikmatan yang bersifat semantara itu.
Demikianlah di antara pengaruh atau gejolak jiwa yang terjadi dalam diri seorang remaja. Semuanya memerlukan perhatian remaja dalam memahami dirinya sendiri, serta perhatian ibu bapa agar ada saling pengertian dalam menghadapi dan memahami seorang insan yang berstatus REMAJA. Semoga informasi tentang remaja ini berguna dalam menjana para remaja dan pelajar dalam menghadapi abad yang penuh dengan cabaran dan godaan ini.

Persatuan Kebajikan Anak Negeri Kelantan Universiti Putra Malaysia

Hakcipta Terpelihara 2008 Unit Multimedia, IT dan Publisiti DNAIM UPM