Sunday, February 1, 2009

Majlis Makan Malam Bersama HIMSAK

AKTIVITI : Majlis Makan Malam Bersama Himsak

TEMPAT : Pusat AKtiviti Pelajar (GAZEBO) UPM

TARIKH : 22 Januari 2009


Majlis makan malam ini adalah satu program julung-julung kalinya diadakan di UPM. Rombongan Himpunan Siswazah Kelantan(HIMSAK) seramai 7 orang telah membuat lawatan pertamanya ke UPM. Objektif majlis ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ahli jawantakuasa HIMSAK dengan mahasiswa anak Kelantan UPM selain dapat beramah mesra melalui sesi soal jawab antara HIMSAK dengan ahli D’NAIM. Majlis makan malam ini telah dirasmikan oleh Presiden HIMSAK sendiri iaitu En. Faizal Bin Daud.


Ucapan alu-aluan daripada Presiden D'NAIM UPM


Ucapan perasmian daripada Presiden HIMSAK

Walaupun tempat yang disediakan adalah terhad, namun Alhamdulillah segala yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan lancar. Selain dapat beramah mesra dengan semua ahli jawatankuasa yang baru, semua ahli dapat mengeratkan hubungan sesama ahli dan penasihat. Majlis makan bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir lebih kurang pukul 11.00 malam.
Serba ringkas pengisian majlis ini ialah majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Exco Kerohanian dan Kebajikan iaitu saudara Mohd Azizi b Ibrahim, kemudian ucapan alu-aluan daripada Alim Maktar selaku Presiden D’NAIM UPM sebelum perasmian oleh presiden HIMSAK. Makan malam ini ditaja sepenuhnya oleh HIMSAK sebanyak RM 500.00 dan dihadiri oleh 50 orang ahli persatuan D’Naim dan ahli jawatankuasa HIMSAK seramai tujuh orang.

Secara umumnya, majlis yang pertama kali dianjurkan oleh HIMSAK ini merupakan satu majlis yang memang dialu-alukan kerana sedikit sebanyak ahli-ahli D’NAIM dapat mengenali wakil HIMSAK dengan lebih dekat.


Presiden HIMSAK beramah mesra dengan mahasiswa-mahasiwa sambil menjamu selera


Sesi fotografi antara ahli majlis tertinggi HIMSAK dengan exco-exco D'NAIM

Persatuan Kebajikan Anak Negeri Kelantan Universiti Putra Malaysia

Hakcipta Terpelihara 2008 Unit Multimedia, IT dan Publisiti DNAIM UPM